SELANGOR FC
BERITA

Berita Pasukan | Noor Al-Rawabdeh Mengalami Kecederaan Ligamen Krusiat Anterior (ACL)

Oct 22, 2024 - FAS

Pemain tengah pasukan Selangor FC, Noor Al-Rawabdeh, disahkan mengalami Anterior Cruciate Ligament (ACL) di kaki kanannya dalam perlawanan menentang PDRM FC dalam Liga Super 2024/25 baru-baru ini. 

Menurut Dr Hazwan, Ketua Jabatan Perubatan Sukan Selangor FC dan Doktor pasukan, Noor disahkan mengalami ACL sebaik sahaja keputusan MRI dikeluarkan semalam.

“Penilaian awal di padang dalam perlawanan PDRM FC tempoh hari telah menimbulkan rasa bahawa Noor  berkemungkinan mengalami kecederaan serius dan dengan itu beliau telah dikeluarkan daripada meneruskan permainan.

“Noor telah mengalami  sakit dan bengkak di bahagian lututnya sebelum pemeriksaan. Semalam, diagnosis disahkan melalui MRI bahawa beliau mengalami ACL. Setakat ini, beliau akan menjalani latihan pra-operasi sebelum pembedahan yang akan dirancang dalam masa terdekat. Beliau dijangkakan mengambil masa 9 bulan untuk kembali ke padang,” jelas Doktor.

Ketiadaan Noor dalam kem Gergasi Merah dan juga skuad kebangsaan Jordan semestinya amat dirasai. Menurut Nidzam Jamil, Ketua Jurulatih Selangor FC, dalam sidang media sebentar tadi, “Ketiadaan karakter seperti beliau memberi kesan dalam pasukan kerana beliau merupakan penolong kapten skuad Gergasi Merah dan beliau sentiasa terlibat dalam setiap gerakan permainan pasukan. Beliau telah memainkan peranan yang penting.” 

Selangor FC mendoakan agar Noor kuat untuk menghadapi dugaan ini dan kelab sentiasa ada bersama beliau.

Semoga dipermudahkan, Noor!

Demi Kebanggaan!